Blogger_boy ✿ BB✿

Perkongsian pengetahuan, impian dan pengalaman.

Archive for the ‘evEnt’ Category

Nostalgia di sekolah

Posted by blogger_boy under evEnt


UHUHUHUHUHUH…..BB siapa upload kat youtube lagi..
layan k..ada lagu ahli fikir lagi.

….Ini Semua Best Friend BB…..

Seronok terigat kawan2 lama. Budak-budak kelas BB semua baik2 belaka, macam2 nostalgia terpahat di hati…

Terima kasih kepada semua budak2 kelas BB kerana memberi kenangan paling indah dalam hidup BB.

Tak lupe juga kepade guru-guru yang mengajar kami yang banyak berjasa dengan kami dan banyak bantu kami dalam apa jua masalah dalam matapelajaran, guru2 juga banyak memberi semangat pada kami… hekk..

..terima kasih atas bimbingan dan tunjuk ajar dan jasa mu guru.

Tak dapat nak digambarkan dengan kata2, kenanangan zaman persekolahan memang indah…

Kenangan Manis & Pahit Di Tahun 2009

Posted by blogger_boy under evEnt

huhuh tahun 2009 dah nk habis..banyak kenangan tahun 2009 nie..pengalaman pahit manis tuh menjadikan kite lebih matang..

Terima kasih pengalaman..pengalaman itu x boleh dikonsi ia kena merasainya sendiri…Pengalaman memungkinkan seseorang menjadi tahu dan hasil tahu ini kemudian disebut pengetahuan..Seorang dengan banyak pengalaman di bidang tertentu dipanggil ahli.

ok BB nk citer Kenangan Manis & Pahit pada tahun nie.BB mulakan dengn pengalaman pahit dulu.

kenangan pahit BB

1) bila dikianati oleh kawan sendiri.
2) bila dapat tahu tarih awek BB nk kawen.
3) jatuh moto dekat pasir mas, masa tuh baru balik dari hantar kawan.
4) bila cikgu paksa BB join kem jati diri
5) kompter BB rosak, sebulan slepas tuh baru baiki
6) bila buku cacatan hilag. kat buku tuh BB tulis segala pasword or maklumat
7) bila cikgu marah sbb BB x pernah buat kerja skolah
8) bila kena denda lari turun naik tangga.
9) masa mula2 blaja CMS
10) huhh tuh jek kot BB dapat tulis.

kenangan manis BB

1) bila kawan yg kianati kita tuh mintak maaf dengan kita.
2) bila dapat awek baru. nama dier fasihah
3) mak BB x marah BB bila jatuh mota
4) seronok BB join kem jati diri sbbnya BB jadi urusetia kat kem tuh.
5) bila mak BB tangung kos baiki kompter tuh.
6) bila awek baru BB hadiahkn buku cacatan baru.
7) suka bila cikgu ambil berat pasal BB
8) gembila bila dapat lari turun naik tangga sbb dapat sihatkn badan.
9) bila dapat menggunakan CMS nie
10) huh rasa maslas pulak nk tulis banyak2

P/S: Lain kali sekiranya orang mengkritik anda tentang “pengalaman kamu x ada”, ingat bahawa Bill Gates juga memulakan perniagaan tanpa pengalaman!

Tamatnya Peperiksaan….

Posted by blogger_boy under evEnt

WTUEUZF6X4D9

Sehari demi sehari masa berlalu begitu cepat sekali sehinggakan diri ini tidak sedar akan masa yang berlalu, dengan ilmu yang sedikit sebanyak insyaallah makin bertambah dan tidak berkurang disamping ibadah-ibadah yang dilakukan…

Akhirnya saat-saat yang BB tunggu selama ni nak bercuti dah pun tiba..

Petang semalam BB dah mula cuti, kan exem dah abis.. so dapat la lepak dekat forum lama-lama.

Apa terjadi semasa exam?

BB duduk barisan tengah sekali.. blakang Zukri..terperuk jugak la sebab depan zukri tuh meja pengawas. Exam BB hanya amik 4 subjek jek..tapi walaupom 4 subjek exam tuh susah giler. Paper paling susah ialah subjek sejarah..mmg mencabar subjek nie. sampai tertido dalam dewan

Apa rancangan cuti ni?

1) Ingat nak kerja sekejap..tunggu result exam
2) lepastu nak ambik lesen kereta.
3) Nak tumpu pada perniagaan internet
4) Akan cuba update blog 2 hari sekali.

Perancangan release tension..

a) Nak panjat gunung stong hujung bulan nie.
b) Nak pergi pantai bersama-sama cikgu sekolah BB dulu.
c) bersiar-siar kat kota baru…

Apapun alam persekolahan BB sudah pun berlalu dan sudah pun tamat, maka masa result keluar akan tiba menentukan berjaya ataupun tidak…

Radio Amatur = Hujan Lebat

Posted by blogger_boy under evEnt

assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

semalam BB gi skolah untuk jawab exam seni visual 2..masa masuk dewan tu mmg dah hujan lebat pom..masa duk asik melukis tuh x sangka skolah ku dah banjirrrr….

0magat!!

skejap jek skolah ku dah banjir..dalam 2 jam (hanya 2 jam, bukan 2 hari) hujan air dah melimpah habis kat skolah..nasib baik la..air x naik sampai kat dalam dewan peperiksaan..

tengok pada tajuk ada radio amatur..

hem..time2 ujan mcm nie BB terasa nk cerita sikit pasal radio amatur nie. Bila time hujan lebat mcm nie line telipom akan jadi tepu atau dengan erti kata lain x leh nk guna..

so..kata kn la tempat umah korang banjir..bah sampai kat bumbung umah, jadi mcm mana korang nk mintak bantuan..tengok kiri tengok kanan dah x ada org..pastu time tuh telipom x leh guna, semestinyer la..sbbnyer dah pom jadi tepu..

radio amatur nie la memainkan peranan ketika banjir (bukan time banjir jek, BB bagi contoh banjir sbb skrg kn time banjir)..bila jer banjir gang2 radio amatur nie menjadi mata2 gelap kepada bomba untuk melaporkan keadaan banjir..ceehhhh waaahhh mata gelap g tu

BB ambik lesen radio amatur nie masa time sekolah teknik tanah merah dulu..masa tuh cikgu BB ramai yang ada radio amatur..so BB nk la jugak mcm dia orang tuh..masa tuh BB tingkatan akhir tingkatan 4..masa tuh la BB ambik lesen radio amatur..alhamdulillah BB lulus ujian tuh…

Buat pengetahuan korang Dr.Sheik Muszaphar pom ada radio amatur

tengok kat sini kalu korang x caya gak..

pic1 pic2

huh..masa Sheik Muszaphar terbang ke bulan BB x sempat nk berbual-bual dengan nyer..ala nk tanya la dia dah makan ke belom atau pom ada jumpa x makluk asing kat sana..keh2 Grin

kat kota bharu pom ada kelabnyer sendiri..bukan kat kota bharu jek, setiap negeri ada kelabnyer masing2..

kalu yang duk pantai timur tuh mmg kena ambik lesen kat terengganu, dah mmg kat situ pusat peperiksaan dier nk buat mcm mana..

hem..rasa malas pulak nk tulis pasaal radio amatur nie..korang bukan faham pom…

nanti la..BB akan buat post panjang lebar dan detail pasal radio amatur nie..

tunggu yyaaaa…

p/s: callsign BB 9w2 MWM

Selamat Hari Raya AidilAdha

Posted by blogger_boy under evEnt

Dengan lafaz Bismillahirohmanirohim!

saya ingin mengambil sedikit waktu anda utk melampiran ucapan SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA  kepada kepada semua umat Islam di seluruh dunia..

Saper-saper tak dapat daging kurban tu jgn ler jeles coz mmg dh tak layak nk buat camner. Sedar diri ler skit.

Akhirnya dapat gak cuti hari rehat sempena raya nie, ingatkan nak cuti terus sampai tahun sepan tapi apakan daya diriku tak layak nak cuti panjang keh2

kalu raya mcm nie jalan2 umah kawan dan jumpa member lama chit chat sampai lewat malam pasti esok subuh gajah nyer ler. Sama ler mcm adik2 aku semua kalu malam raya mesti tido lewat punyer layan TV.

esok aku g umah nenek aku. So mcm biasa ler aku blk nk tolong apa yg patut…yg best nyer time cuti2 kat kampung ialah semua sanak saudara, sepupu sepapat semuanyer ada kat 1 umah…

So kepada semua yg tengah bawak keta balik kampung tuh hati2 di jalan raya..jangan bawak kate laju sangt..ingat orang yang tersayang k..

Marilah kita menyambut hari kebesaran ini dengan mengingati pengorbanan Nabi Ismail a.s. yang bersedia dikorbankan demi Allah s.w.t. Kemenangan hanya boleh dicapai dengan pengorbanan.

di samping itu juga, marilah kita saling bermaaf-maafan sesama kita andai ada salah silap yang telah dilakukan sama ada secara sengaja ataupun tidak sengaja..

dengan ini semoga hidup kita lebih diberkati demi kesejahteraan dan kejayaan kita dalam menempuh hidup di dunia yang penuh cabaran dan dugaan ini..

amin ya rabbal alamin…………